Syukur atas nikmatMu
Alhamdulillah….dengan ijin Allah akhirnya lahirlah puteri kedua kami pada 7hb7 2014 yang lalu. Syukur kepada Allah persalinan berjalan lancar dan tak mengalami sebarang masalah. Terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang telah membantu saya. Seperti perawat-perawat dan doktor -doktor di hospital yang telah memberikan layanan terbaik mereka hingga saya selamat bersalin. Alhamdulillah persalinan saya normal. Saya duduk di hospital hanya sehari sahaja dan keesokannya diberi keijinan untuk pulang ke rumah.
Syukur kepada Allah dalam 2 kali persalinan saya, saya ditemani dan dibantu oleh ibu dan adik-adik saya. Saya termasuk bertuah kerana sebelum saya bersalin ibu saya terbaring sakit dan mungkin tidak akan dapat datang membantu dan menemani saya semasa melahirkan. Begitu juga dengan adik-adik saya yang sibuk bekerja. Saya pasrah kepada Allah. Apabila ditakdirkan saya bersalin tidak ditemani mereka, saya terima dengan tangan terbuka. Tetapi alangkah terkejutnya saya, bahwa ternyata ibu dan adik-adik saya akan datang dan tentunya akan menemani saya dalam persalinan nanti. Alangkah sangat bersyukur saya kepada Allah kerana ibu saya yang telah 6 bulan terbaring sakit ternyata pulih, juga boleh sampai ke rumah saya untuk menemani saya. Kuasa Allah sangat luar biasa. Begitu juga dengan adik-adik saya yang sebelumnya sibuk bekerja tak memperoleh keijinan cuti, dengan tiba-tiba diberikan cuti oleh majikannya. Alhamdulillah…tak sia-sia saya berdoa selama ini. Kesabaran adalah suatu yang sangat luar biasa ganjarannya.
Genap sebulan usia puteri saya, kami mengadakan acara potong rambut dan doa selamat untuknya. Alhamdulillah acara berjalan dengan lancar. Dengan dihadiri keluarga dekat, rakan dan jiran tetangga. Dengan kelahiran puteri kedua ini sangat bermakna bagi kami sekeluarga. Di kemudian hari tentunya si kakak akan bermain dengan adik. Tidak seperti sebelumnya sendiri dan tak ada teman untuk bermain.
Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih sebanyak-banyaknya kepada suami, ibu, adik-adik dan keluarga semua. Kerana menjaga saya selama ini. Dari persalinan sampailah kesaat ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas semua kebaikan yang telah anda semua lakukan kepada saya.
Inilah suasana Marhaban pada masa itu
Saat menulis ini, ibu dan adik-adik saya telah kembali ke kampung semula untuk menjalankan aktifitas masing-masing. Tinggallah kami keluarga anak beranak saja. Rasanya berbeza sekali dengan masa ibu dan adik-adik ada membantu. Sekarang semua dilakukan sendiri, memang mencabar sekali. Tetapi itu semua harus dijalani dengan sabar dan yakin bahwa saya pasti boleh lakukannya.
InsaaAllah….
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
—————————————————
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms)
Qaseh Firdaus
No . Phone : 0176281787
Fb page : barangan baby qaseh firdaus
Email : ct_rania@yahoo.com
Alhamdulillah..
http://sweetmom83.blogspot.com/2014/09/testimoni-zinc-complex-vitamin.html?m=1
Kisah yang menarik 😉
http://ceritadimtiyazcorner.blogspot.com/