Risiko Banjir Dan Elak Penularan Penyakit Berjangkit Ketika Banjir

Banjir adalah masalah yang kerap terjadi di sekeliling kita. Banjir adalah fenomena alam yang terjadi kerana lebihan air yang melimpah seperti di sungai, tasik mahupun laut. Banyak punca banjir ni sebenarnya, diantaranya iaitu hujan yang berterusan, adanya gelombang tsunami dan bahkan bangunan ataupun struktur saluran pengairan yang tak terselenggara dengan baik dan penebangan pokok secara liar lain sebagainya. Zaman sekarang ini tak hairan jika ada banjir yang terjadi secara tiba-tiba.
Banjir yang terjadi sangat banyak impaknya pada kehidupan masyarakat yang terlibat. Ramai yang kehilangan harta benda, dan juga masalah pelbagai jangkitan penyakit semasa dan selepas banjir. Dengan air yang melimpah dimana-mana sudah tentu risiko peningkatan pelbagai penyakit berjangkit akibat air akan membimbangkan. Disamping itu juga aktifiti keseharian akan terjejas dan mungkin pendapatan yang sedia ada akan mengalami pengurangan. Contoh sahaja apabila kita ada perniagaan, di musim banjir sudah pasti kedai akan tutup dan pendapatan akan terjejas.

Disamping itu penularan penyakit berjangkit amatlah membimbangkan jika musim banjir tiba. Terdapat penyakit berjangkit yang berisiko meningkat disebabkan oleh kondisi lingkungan yang kotor dan penyebaran patogen. Beberapa penyakit tersebut diantaranya iaitu:
- Penularan denggi. Seperti yang kita ketahui bersama, nyamuk yang membawa virus denggi biasanya berkembang biak ditempat-tempat yang tergenang air.
- leptospirosis, penyakit ini disebabkan oleh bakteria Leptospira yang boleh dijumpai dalam air yang tercemar. Terutama air yang tercemar dengan air kencing haiwan.
- Gastroenteritis, jangkitan ini boleh disebabkan oleh bakteria yang terdapat dalam air yang tercemar.
- Kolera, penyakit ini disebabkan oleh bakteria vibrio cholerae dan sering berlaku dikawasan dengan kebersihan yang rendah terutama selepas banjir.
Untuk mengurangkan risiko penyakit berjangkit semasa banjir. Penting untuk kita menjaga kebersihan diri dan Ahli keluarga dengan memastikan air minum yang bersih dan layak untuk diminum. Juga elakkan tempat-tempat berbahaya.

Untuk membantu anda dan seisi keluarga agar tetap sihat dan bertenaga di musim banjir. Selain menjaga kebersihan, anda juga jangan lepaskan peluang untuk mengambil makanan tambahan seperti vitamin agar tubuh badan terjaga. Naikkan sistem imun tubuh badan. Semasa banjir, keperluan vitamin dan nutrisi terentu boleh meningkat. Terutamanya untuk memastikan sistem imun tubuh badan kuat dan badan kita dapat bertahan dalam keadaan yang sulit.
Diantara Vitamin yang boleh anda dan seisi keluarga boleh amalkan semasa banjir iaitu:
Vitamin C
Vitamin C amat penting untuk bantu tingkatkan sistem imun tubuh badan serta membantu mempercepat luka sembuh, mungkin semasa banjir anda alami masalah luka atau pun kecederaan.
Vitamin A
Vitamin A elok untuk kesihatan mata dan juga naikkan sistem imun tubuh badan.
Vitamin D
Elok uuntuk naikkan sistem imun dan juga baik untuk kesihatan tulang dan membantu penyerapan kalsium.
Vitamin B
Vitamin B baik unttuk elak stress dan naikkan mood ceria. Juga baik untuk saraf daan menyokong fungsi otak.
Zinc dan Magnesium
Baik untuk meningkatkan sistem imun dan membantu penyembuhan dan mengurangkan tekanan dan menyokong fungsi otot.
Sepanjang banjir kita harus utamakan keselamatan diri dan ahli keluarga. Buatlah apa yang perlu dan jangan menghampiri kawasan banjir. Kaknil doakan kepada semua yang terlibat dalam musibah banjir agar tetap tenang dan dalam keadaan sihat wal afiat. Makan makanan berkhasiat untuk pastikan diri sihat dan tetap bertenaga. Apabila anda mengalami masalah boleh terus menghubungi pihak yang berwajib agar dapat membantu anda dengan segera. Kepada anda yang bertanya dimana nak dapatkan Vitamin , Anda jangan risau, anda boleh dapatkannya disini. Jangan segan untuk menghubungi kaknil, agen shaklee anda di nombor talian tertera di bawah ini.
Nila/ Firdaus no Hp +60176281787
Anda juga boleh terus membuat belian Vitamin Shaklee disini>>>Klik disini
#projekBEST
Good ,,berkualitas dan memang terbukti menyehatkan.
terima kasih sudi singgah encik
Berapa harganya ni sis? Mahal tak?
tak mahal sis, murah dan terjangkau. 1 set hanya RM 455 sahaja sis. Ada percuma membership sekali. jom hubungi kami untuk info lanjut. terima kasih.