Prasangka Menghalang Keyajaan
Kita adalah dituntut untuk bersikap terbuka. Dengarlah terlebih dahulu sebuah ucapan, setelah itu kita bebas memilih untuk menerima atau menolak. Sebab hikmah itu ada kalanya terbit daripada sumber yang tidak kita sangka-sangka. Prasangka seringkali menutup pintu kejayaan diri. Berapa banyak peluang kejayaan yang dilepaskan begitu sahaja kerana pelbagai fikiran negatif, seperti “ini mustahil dilakukan” dan “saya tak mampu”. Berapa banyak rekonsiliasi umat Islam terbantut kerana sangkaan ada ” agenda tersembunyi” , ” konspirasi“, “berbeza party” dan sebagainya. Padahal kenyataannya sering kali tidak segelap seperti yang kita bayangkan.
Sikap penuh prasangka ini juga sering kali menutup pintu ilmu pengetahuan. Saya seringkali melihat orang yang berpikiran negatif, lalu enggan mendengar, apalagi menerima pendapat. Sikap seperti ini jika di lakukan oleh orang awam bukan suatu masalah. Tetapi akan menjadi bencana yang sangat besar apabila orangvyang “terpelajar” bersikap seperti orang awam. Sikap ini tentunya akan merugikan diri sendiri.
Bahaya buruk sangka
Setelah mengetahui akibat buruk yang ditimbulkan oleh sikap ini, kita jadi mengerti mengapa Allah Swt menyuruh kita untuk menjauhinya. Para ulama menetapkan buruk sangka sebagai salah satu maksiat bathin. Malah mereka mengatakan bahawa kebiasaan ini jika semakin parah dan tidak segera ditinggalkan, dapat mengakibatkan penutup usia yang buruk ( su’ul khatimah). Imam al-Syafiibberkata, ” sesiapa yang ingin agar menutup hidupnya dengan kebaikan, maka jagalah selalu bersangka baik kepada manusia.
Selain itu buruk sangka ialah cerminan hati yang kotor. Seorang pencuri akan senantiasa berasa khuatir dan menyangka setiap orang yang dilihatnya adalah polis. Sehingga setiap teguran di dengarnya seperti pekikan untuk menangkapnya. Itulah yang terjadi kepada jiwa orang -orang munafik. Kekotoran hati melahirkan buruk sangka dalam fikiran mereka.
Bersih Hati
Saya selalu berasa kagum dan iri setiap kali melihat sesorang yang tidak pernah berburuk sangka kepada orang lain. Joka ia orang awam, maka ia lebih saya sukai daripada golongan terpelajar yang fikiran nya penuh dengan buruk sangka kepada orang lain. Selain menikmatibkejayaan di dunia, ia akan mudah melalui hisab di akhirat nanti. Ini kerana Allah tidak akan menghukum sesorang kerana telah banyak baik sangka, namun Allah akan menghisab dan menghukumnya kerana buruk sangkanya terhadap orang lain.
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
—————————————————
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms)
Qaseh Firdaus
No . Phone : 0176281787
Fb page : barangan baby qaseh firdaus
Email : ct_rania@yahoo.com
jauhkan aura negatif dan ambil aura positif
jom singgah blog saya : http://www.annur-shoppe.blogspot.com