Pengalaman Berkayak Dan Main Air Semasa Bercuti Di Satun Thailand

Pengalaman Berkayak Dan Main Air Semasa Bercuti Di Satun Thailand

Selamat bercuti kepada semua sahabat. Hari ini cuti Deepavali, tak tahu nak kemana, kita duduk dirumah je sambil santai. Bila teringat cuti yang lepas kami sekeluarga ke Satun Thailand. Tak berapa jauh daripada Perlis, dalam 2 jam perjalanan lebih kurang. Kebetulan masa tu kami balik kampung ke Perlis, jadi alang-alang tu masuklah ke Satun untuk bersiar-siar. Kami masuk Thailand melalui perbatasan Wang Kelian.

main air di depan persekitaran Chalet

Seperti biasa, kami membawa kereta masuk ke Thailand untuk memudahkan perjalanan kerana kami ada anak-anak kecil yang sudah pasti banyak keperluannya. Masa masuk Satun kami terus berpikir, apa kata kalau kita buat aktifiti main air macam berkayak di area Satun Resort, mesti menarik. Akhirnya kami memutuskan untuk menginap dan menempah penginapan disana lengkap dengan aktifi berkayak. Awalnya macam tak seronok, tapi akhirnya melihat pemndangan sekitar macam menarik pulak. Anak-anak pun lincah bermain air dan memang seronok melihat mereka bermain di tepi sungai. Sungai tu di depan penginapan kami je, airnya cantik bersih dan tiada sampah sepanjang sungai tu.

Riverside tempat kami menginap

Akhirnya tiba saat dinanti, kami bersiap untuk berkayak. Kami menaiki van ke tempat dimana kami akan mulai berkayak. Kami melewati area perbukitan dan kampung yang sangat indah dan bersih. Sampai di tempat dimaksudkan, kami turun dari van dan bersiap memakai jacket keselamatan. Barang-barang seperti talipon bimbit, jam tangan mahupun barang lain kami tinggalkan ditempat yang disediakan. Kalau boleh anda jangan bawa baarang berharga kerana risau akan hilang kerana aktifi berkayak ni lasak dan mungkin barang anda akan hilang atau terjatuh. Oh ya, bagi mereka yang memakai kacamata, sebaiknya anda memakai tali agar kacamata anda tak terjatuh.

Persiapan berkayak

Sebelum ni kaknil belum pernah mencuba aktifiti berkayak ni. Memang amat takut dan teruja. Kaknil rasa pengalaman ni memang mahal sangat, memang menguji ketahanan badan kita dan juga ada sesuatu yang buat kita tak akan lupa sampai bila-bila. Masa ni kaknil bersama suami dan anak-anak juga adik ipar dan anak buah. Anak kaknil ketika itu berumur 13 tahun, 9 tahun dan 3 tahun. Bayangkan berkayak dengan budak seumur 3 tahun, memang mencabar. Tapi dek kerana pemandu kayak kami amat profesional dan beliau sentiasa memantau keselamatan kami. Kami lalui perjalanan dengan gembira, adakalanya melalui detik cemas kerana laluan yang curam dan air yang deras dan kawasan dalam. Pernah sekali suami,dan anak kaknil yang berumur 3 tahun tu terjatuh dan tenggelam. Tapi pemandu kami amat cergas dan tepat masa menolong anak kaknil. Memang rasa berdebar sepanjang perjalanan kami. Kami berkayak selama 3 jam, dan tak silap kaknil kami lalui sungai tu dalam 10 kilo perjalanan. Rasa memang teruja dan seronok sangat. Sahabat boleh bayangkan keadaan sungai yang cantik dan tiada sampah satu pun dalam perjalanan kami. Airnya sangat jernih, disebelah kanan perjalanan kami lalui ada chalet-chalet dan hotel dengan pemandangan yang sangat indah.

Masa kami berkayak tu ramai juga pengunjung yang lain. Kebanyakannya pelajar-pelajar tempatan, mereka berbahasa thai. Mereka pun seronok melihat kami anak-beranak ada di area sama. Ada juga yang mengajak bergambar bersama, mungkin mereka pelik juga bahasa kami berbeza dengan mereka. Semasa di laluan sungai yang dangkal nampak sekumpulan remaja tengah mencari sesuatu dan ternyata mereka mencari talipon rakannya yang terjatuh. Tak terasa masa begitu cepat berlalu, akhirnya kami dah nak sampai chalet tempat kami menginap. Sebelum pulang kami singgah ke suatu gua dan bergambar disana. Menurut pemandu kami, gua tersebut ramai dikunjungi dan ramai yang mengabadikan kenangan dengan bergambar disana. Kami pun tanpa melengahkan masa juga turut bergambar disana.

Bagi kaknil, pengalaman kali ini amatlah menyeronokkan dan kalau ada kesempatan di lain masa kaknil akan datang lagi dan cipta kenangan baru disana. Bagi sahabat yang suka keadaan semulajadi dan suka aktifiti lasak, cubalah datang ke Satun ni. memang akan rasa kelainannya. Pasal makanan, jangan risau kerana penduduk Satun kebanyakan beragama Islam. Kita tak susah menemukan makanan halal. Termasuk di area berkayak ni. Kebanyakan Chaletnya menyediakan makanan halal. Jangan risau juga banyak aktifiti yang boleh anda lakukan disini. Bukan setakat berkayak je tapi banyak lagi aktifi lain. Harga menginap di chalet sini pun terjangkau.

bergambar di depan gua

Mungkin setakat ini dahulu cerita kaknil, in sha Allah kalau ada masa lagi nanti kaknil cerita tempat lain pulak ya. Anda sahabat jangan malu, jangan segan kalau nak bertanya tentang Satun ni. Hubungi je kaknil disini. Semoga hari cuti anda semua bermakna dan jangan lupa untuk sentiasa bergembira dan jangan lupa bahagia ya.

#projekbest

One thought on “Pengalaman Berkayak Dan Main Air Semasa Bercuti Di Satun Thailand

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *