Menu Bihun Bakso Menjadi Peneman Di Kala Hujan

Masa hujan pasti kita akan tercari-cari menu makanan yang boleh kita jadikan peneman minum teh panas kan ? ada baiknya masa hujan kita makan sup, agar badan menjadi hangat dan selesa. Kalau macam tu jom kita tengok resepi bihun bakso ni. Diantara bahan yang selalu kita gunakan untuk membuat sup atau makanan berunsur mee adalah bakso. Tahukah anda bakso adalah makanan yang berasal dari indonesia, yang terbuat dari bebola daging. Rasanya sedap dan paling digemari oleh ramai pencinta sup.



Bihun Bakso

Diantara bahan-bahan yang boleh kita dapatkan untuk bihun bakso diantaranya,

  • 1/2 bungkus bihun, dicelur hingga lembut dan disejatkan. Anda boleh tukar kepada mee kuning atau pun kue tiaw juga.
  • sedikit sayur taugeh
  • 1/4 buku kobis yang dihiris halus
  • 3 sudu makan lada sulah/lada putih biji, dikisar kering hingga halus

Bahan untuk kuah

  • 1 kilo tulang lembu
  • 1 bungkus rempah sup tulang
  • 1 bungkus rempah sup bunjut
  • 2 batang serai, dititik
  • 2 helai daun salam
  • 10 ulas bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 5 biji buah keras
  • 1 inci halia
  • 2 sudu teh serbuk lada sulah ( ambil dari yang dikisar diatas)
  • garam

Cara-cara  membuat bakso daging

  • Gaulkan semua bahan untuk bebola hingga sebati
  • Bulat-bulatkan adunan daging hingga habis
  • Simpan lebih kurang sejam dalam peti ais

Cara-cara untuk membuat kuahnya

  • Rebus tulang lembu, rempah sup tulang dan rempah sup bunjut hingga daging pada tulang empuk
  • Tumbuk lumat halia, buah keras, bawang merah dan bawang putih
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk dan serbuk lada sulah hingga wangi.
  • Masukkan ke dalam periuk sup dan teruskan merebus hingga mendidih
  • Masukkan bebeola daging tadi, biarkan masak hingga bebola daging timbul
  • Masukan garam dan serbuk perasa
  • Masukkan sedikit daun sup dan daun bawang
  • Tutup api dan hidangkan

Bahan untuk sambal kicap

  • 25 biji chili api
  • 2-3 ulas bawang putih
  • kicap pekat manis

Cara memasak

  • Panaskan minyak dalam kuali, masukkan semua chili dan bawang putih. tutup segera kuali anda.
  • Bila sudah tiada lagi letupan dalam kuali, alihkan tudung dan kacau chili supaya masak rata.
  • Bila semua chili dah layu, angkat dan ke tepikan  ( ada petua supaya dipatahkan sikit chili tu sebelum di goreng supaya tidak meletup tapi kadang-kadang saya tak buat sebab malas). 
  • Tutup ajelah kuali tu dengan penutup periuk.
  • Masukan chili goreng tadi ke dalam lesung dan tumbuk hingga lumat
  • Masukkan chili tumbuk kedalam mangkuk dan sedia untuk dimakan…

Bihun Bakso

Demikianlah resepi kali ini kami kongsikan kepada anda, semoga bermanfaat bagi anda semua. Anda boleh menghidangkan bihun bakso ini dengan secawan Cinch Tea Mix panas agar rasanya lebih sedap dan terangkat.  Selamat mencuba. 

Anda mahu jadi ahli Shaklee dan nikmati potongan hebat 15%-20%

Anda ingin mengetahui Cara Daftar Ahli Shaklee..??
Mudah sahaja… hanya klik sahaja disini :

 join ahli shaklee sekarang.png

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
—————————————————

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms)

Qaseh Firdaus
No . Phone : 0176281787
Fb page : Qaseh Firdaus Shoppe Email : ct_rania@yahoo.com

0 thoughts on “Menu Bihun Bakso Menjadi Peneman Di Kala Hujan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *