Kenapa Kita Boleh Demam Dan Bahayakah?

Kenapa Kita Boleh Demam Dan Bahayakah?

Demam adalah keadaan dimana tubuh badan kita alami suhu yang meningkat tinggi dari suhu normal. Biasanya suhu badan kita 36.5 ‘ celcius hingga 37.5’ celcius. Tapi kalau kita demam, suhu badan kita boleh mencecah sampai 38.5.celcius. Demam ni adalah sebuah tindak balas tubuh badan terhadap jangkitan , peradangan mahupun akibat lainnya. Ini adalah cara tubuh badan kita melawan pelbagai penyakit yang bersedia untuk menyerang apakah itu oleh bakteria mahupun virus.

Berikut ini adalah gejala demam yang selalunya dialami seseorang semasa demam:

  • Menggigil
  • berkeringat atau berpeluh
  • sakit kepala
  • keletihan
  • hilang selera makan

Demam biasanya disebabkan oleh jangkitan virus ataupun bakteria, contohnya selsema, pneumonia dan jangkitan tenggorokan. Demam juga boleh terjadi setelah mendapatkan suntikan vaksin, biasanya terjadi dikalangan kanak-kanak  yang menerima vaksin. Demam juga biasanya terjadi disebabkan oleh pengambilan ubat-ubat tertentu. Ada juga mereka yang alami demam disebabkan kerana adanya penyakit kanser dan gangguan hormon yang dapat mempengaruhi suhu tubuh badan.

Demam ni bukanlah masalah yang serius dan boleh diatasi dengan beristirehat dan mengambil cecair yang cukup untuk tubuh badan. Akan tetapi jika suhu badan lebih dari 40′ celcius dan berlangsung dengan masa yang lama, bukanlah masalah kecil dan ianya perlu ditangani dengan serius. Anda perlu segera ke hospital untuk bertemu doktor dan mendapatkan rawatan sewajarnya. Terutama sekali apabila demam terjadi pada mereka yang berisiko tinggi dan juga pada kanak-kanak.

Apabila anda alami demam dan tak segera membawa diri ke doktor, kemungkinan anda akan alami masalah dehidrasi, kejang mahupun kegagalan organ dalaman. Jadi apabila terasa suhu badan tinggi, jangan anggap mudah dan segeralah berjumpa doktor untuk dapatkan rawatan sebaiknya.

Untuk elakkan diri dan orang tersayang daripada alami demam, ada baiknya anda menjaga kesihatan sebaik mungkin. Berikut ini saya kongsikan sedikit tips untuk anda berjaga-jaga dan elak daripada terkena demam. Cara yang boleh kita amalkan diantaranya ialah:

  • Jaga kebersihan diri dan sekitarnya. Rajin cuci tangan dengan sabun dan air mengalir secara teratur. Cuci tangan sebelum makan, sebelum memegang bayi, juga cuci tangan selepas beraktifitas. Anda boleh gunakan hand sanitizer untuk bersihkan tangan apabila tiada air.
  • Gunakan topeng muka ataupun masker. Jika anda tengah sakit, batuk atau tak selsema anda boleh gunakan masker untuk mengelak daripada anda menjangkiti orang lain dan elak penyebaran virus.
  • Elakkan berhubungan dengan mereka yang tengah sakit atau demam. Bagaimanapun mencegah lebih baik dari mengubati. Apabila ada yang tengah sakit, usahakan untuk menghindar agar tiada jangkitan mahupun penyebaran virus.
  • Makan makanan yang berzat yang kaya dengan vitamin dan mineral agar tubuh sentiasa dalam keadaan optima. Anda boleh mengambil makanan yang kaya dengan antioksidan seperti vitamin C, Vitamin E dan juga vitamin lainnya untuk meningkatkan sistem imun tubuh badan anda.
  • Minum air yang cukup dan elak minuman yang manis dan beralkohol
  • Tidur yang cukup agar sentiasa segar dan fit sepanjang hari.
  • Senaman secara teratur dapat membantu anda sentiasa bugar dan ceria.
  • Elak tekanan yang berlebihan. Ciptakan suasana aman damai.
  • Pastikan kedaan sekeliling rumah bersih dan tiada habuk yang bersarang.
  • Tidak merokok mahupun mengisap Vape.

Sekiranya anda alami demam dan ianya berlarutan , jangan dibiarkan begitu sahaja. Anda harus cepat bertindak dan berjumpa doktor. Kadang-kadang demam ini adalah suatu pertanda awal terjadinya sesuatu di dalam badan kita yang mungkin boleh membahayakan nyawa. Jadi ikuti tips yang diberikan.

>>Jom beli Vitamin C disini<<<<

<<<Beli Vitamin hadirkan MOOD CERIA  disini<<<

#ProjekBEST

2 thoughts on “Kenapa Kita Boleh Demam Dan Bahayakah?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *