Kenapa Anak-Anak Perlu Makan Sayur
Anak-Anak Perlu Mengambil Sayur
Menurut pakar pemakanan, anak-anak perlu makan sayur kerana ia adalah antara makanan yang paling banyak mengandungi zat. Sayur membekalkan banyak nutrisi penting seperti vitamin C dan B Complex, mineral, serat, karotenoid dan bahan bio aktif yang dikenali sebagai bahan fitokimia. Nutrien-nutrien ini boleh melindungi anak daripada pelbagai jangkitan penyakit kronik.
Sayur memberi imuniti pada tubuh, jika anak tidak makan sayur, maka sistem imun badan mereka menjadi lemah dan tidak bekerja secara optimum. Antara kesannya ialah mereka begitu mudah jatuh sakit.
Aneka Sayuran |
Sayur tidak boleh digantikan dengan makanan tambahan kerana kesannya tidak serupa. Sayur juga tidak mengandungi lemak. Jadi, ia amat baik sekali khususnya buat ibu-ibu yang selalu berdiet. Kanak-kanak tidak boleh bergantung sepenuhnya pada sayuran, kerana ianya tidak cukup untuk pertumbuhan dan tumbuhbesaran mereka. Kanak-kanak amat memerlukan protein terutamanya dari sumber haiwan.
Tapi bagaimana apabila mereka tidak menyukai sayur-sayuran..? Masaklah sayuran setiap hari dan pujuklah mereka untuk memakannya. Pujuk tanpa henti dan katakan kepada mereka bahwa ahli sukan atau pun dokter yang hebat diseluruh dunia adalah mereka yang setiap harinya mengamalkan kebiasaan memakan sayur-sayuran. Percayalah kesannya akan mempengaruhi anak anda apabila mereka dewasa kelak. Malah, ianya akan menjadi tabiat dan seterusnya memelihara kesihatan yang berpanjangan.
Berapa banyak sayur yang perlu diambil…? Menurut pakar pemakanan lagi, kanak-kanak memerlukan 3-5 hidangan sayuran dan buah-buahan sehari. Namun berapa banyak kuantitinya untuk satu hidangan..? Menurut pakar ada satu kaedah yang boleh anda lakukan, yaitu dengan cawan kaca, setengah cawan kaca dikira satu hidangan.
Bagaimana kalau selama ini anda jarang memberikan sayuran kepada anak anda.? anda harus membiasakan diri untuk selalu membiasakan diri untuk selalu memasak sayur dirumah anda, agar kebiasaan ini akan menjadikan anak-anak anda suka kepada memakan sayur-sayuran.
Menurut satu kajian, selera kanak-kanak dipengaruhi oleh ibu-bapa. Walaupun kanak-kanak tidak akan menyentuh atau merasa makanan itu sewaktu kali pertama dihidangkan., lambat laun setelah beberapa kali melakukan demikian dan sambil bercakap mengenai khasiat makanan tersebut, mereka akan berunah sikap.
Pentingnya kita memperkenalkan sayur kepada kanak-kanak. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah daripada rebungnya.
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
—————————————————
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms)
Qaseh Firdaus
No . Phone : 0176281787
Fb page : barangan baby qaseh firdaus
Email : ct_rania@yahoo.com
sayur sangat penting untuk kanak-kanak….serat yang cukup akan elakkan anak daripada sembelit dan lain2 masalah kesihatan..
Boleh juga pelbagaikan cara masak sayur ni supaya lebih menarik..contohnya pelbagaikan jnis sayur dengan warna yg berlainan..dri situ boleh menarik minat ank untuk makan sayur..
http://cahayacintaku08.blogspot.com
anak-anak saya susah nak makan sayur walaupun mak bapak dorg makan jenis makan sayur dan ulam. tapi dorg makan bila saya bagi sandwich telur campur timun, lobak. atau kimbap roll..tp syukur dorg xde masalah makan buah
http://bit.ly/1raeyMk ni resepi sandwich telur eheheh
Nanti ank sy dh blh mkn sy akn ajar dia mkn sayur.
http://www.anakummicomel.blogspot.com
Alhamdulillah anak2 saya makan sayuran hijau walaupun sayur tertentu je..hihi
Diariku Ceritaku
tq kak nila for sharing..mira pun x makan sayur..mulai sekarang nak cuba makan sayur
This comment has been removed by the author.
anak saya memilih jika hendak makan sayur.. dia suka lobak, tomato dan bawang besar..
kena ajar juga dia ni makan sayur agar sistem imun dia bertambah baik..
jemput kunjungi blog saya..
http://farishmomvittashoppe.blogspot.com/