Berakhirnya Misi 40 Hari Mencari Cinta Part 1

Alhamdulillah berakhir juga program 40 hari mencari cinta part 1. Memang sangat mengujakan dan sangat menyeronokkan sekali. Dalam program ini kami ditekankan untuk disiplin. Memang nampak perbezaan sebelum dan sesudah program ini. Mudah-mudahan membawa kebaikan untuk kami semua yang menyertainya.Memang tak dinafikan banyak kesukaran dan halangan untuk dapat menjayakan misi ini, dengan komitment yang ada kami harus menyelesaikan task yang diberi tepat pada masa yang ditentukan. Banyak cabaran yang harus kami lalui seperti cabaran terputusnya bekalan internet yang memaksa untuk menyelesaikan task di cyber cafe atau ada salah satu anggota keluarga yang sakit hingga membuatkan agak terlambat membuat task dan lain sebagainya. Tapi mujurlah master kami sangat memahami kesulitan-kesulitan tersebut. 

Rasa sangat bangga dan puas setelah menamatkan misi selama 40 hari

Yang menarik dalam program ini adalah lebih menitikberatkan kepada amalan rohani yang mungkin kalau kita amalkan dalam kehidupan sehari-hari agak sukar untuk melaksanakannya secara konsisten. Ya sebut sahaja sholat sunat dhuha dan sholat sunat tahajud serta terbiasa bersedekah. Dulu sebelum menyertai program ini saya tak berapa yakin akan buat dengan konsisten. Tapi setelah terjun langsung dan mempraktikkannya, saya rasa sangat bersemangat dan ingin buat yang lebih lagi dari biasa. Inilah kekuatan yang dapat  dari progaram ini. Ada satu lagi hal selama ini malas nak push, yaitu update blog 2 entry sehari. Bagian inilah yang sangat mencabar saya sebab saya tak berapa mahir lagi dalam hal blog-blog ni, tapi berkat usaha dan tunjuk ajar dari master-master dan kawan-kawan semua, masalah yang ada kami pon boleh selesaikannya. Memang seronok sekali join program ni. Sememangnya sangat bermanfaat dan banyak ilmu yang kita akan dapat.

Amalan rohani sangat penting
Amalkan kebiasaan bersedekah

Oh ya dalam group kami sebenarnya tak pernah lagi bertentang mata, kami kenal diantara satu sama lain hanya melalui media sosial sahaja. Tetapi walupun begitu kami merasakan sangat dekat dan akrab sekali. Apa-apa masalah kami akan bincangkan dan cari jalan penyelesaiannya. Seronok kan punyai kawan-kawan sebegini.

Berkomunikasi hanya di media sosial

Diakhir program ini kami ingin ucapkan terima kasih kepada master-master kami dan semua kawan-kawan yang menjayakan program ini. Diharapkan akan lebih banyak lagi program-program sebegini di masa yang akan datang. Kepada anda yang berminat untuk bergabung dan merasai pengalaman saya, boleh sahaja menghubungi no yang tertera di bawah entry ini. Mudah-mudahan ilmu yang didapat dari program ini akan mendatangkan manfaat untuk kita semua. Aamiin

Anda mahu jadi ahli Shaklee dan nikmati potongan hebat 15%-20%

Anda ingin mengetahui cara daftar Shaklee..??
Mudah sahaja… hubungi no telp yang tertera di bawah ini ya.

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
—————————————————

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms)

Qaseh Firdaus
No . Phone : 0176281787
Fb page : barangan baby qaseh firdaus
Email : ct_rania@yahoo.com

0 thoughts on “Berakhirnya Misi 40 Hari Mencari Cinta Part 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *