BAHAYA HB RENDAH SEMASA KEHAMILAN

Bahaya HB Rendah Semasa Kehamilan



Antara yang selalu ditakuti oleh para ibu-ibu mengandung adalah HB yng rendah. Mengapa Hb ini rendah…? mesti ada sebabnya kan ? diantara puncanya ialah peningkatan isi padu darah, penurunan secara sederhana kepekatan sel darah merah, penurunan kadar Hb normal, kurangnya pengambilan zat besi dalam diet, kekurangan asid folat, pendarahan gastrointestinal, serta kehilangan darah dari pendarahan buasir. 

Kesan kepada Hb yang rendah kepada ibu ialah: 

  • Ibu mudah pitam
  • Mengalami keguguran 
  • Mengalamikegagalan jantung
  • Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
  • Resiko mengalami penyakit berjangkit

Kesan kepada bayi dalam kandungan

  • Pertumbuhan bayi terbantut
  • Lahir sebagai bayi prematur atau tak cukup bulan
  • Berat bayi yang lahir kurang dari 2,5 kg
  • Anak lemas semasa lahir
  • baby meninggal ketika dilahirkan

Pentingnya HB dalam kehamilan

Kandungan kurang dari 5 bulan

Pada masa ini bayi dalam kandungan sedang mengalami pembentukan organ-organ seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak dan anggota-anggota lain. Jika darah kurang dari 11 mg, jantung tidak terbentuk dan bayi akan gugur. Jika jantung dapat terbentuk tapi darah terlalu cair, bayi mungkin akan hidup tetapi akan cacat (tiada tangan dan kaki sempurna). Manakala jika bayi sempurna sifat tetapi darah terlampau cair akan melambatkan proses pembentukan otak bayi, yaitu mungkin bayi akan selamat dilahirkan tetapi kurang pandai. 


Kandungan 5 bulan ke 7 bulan

Ketika bayi kita telah sempurna pembentukan sifat anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya boleh meninggal dalam kandungan ibu.

Kandungan 7 bulan ke atas

Sifat bayi telah sempurna dalam usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung kepada kepekatan darah Hb. Jika Hb terlalu cair atau rendah yaitu kurang dari 9g, jantung tidak kuat dan ada resiko untuk bayi meninggal dalam kandungan. Jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain sedikit dimana bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan. 

Cara terbaik meningkatkan paras Hemoglobin dalam darah

Makan makanan yang tinggi zat besi seperti :

  • Daging lembu sebesar kotak mancis 2 keping
  • Daging ayam bahagian dada
  • Kerang dalam 20 biji
  • Ikan bilis

Jangan ambil pil tambah darah dengan susu (contoh dengan kopi susu atau teh susu)kerana ia akan mengurangkan penyerapan vitamin, sebaiknya diambil bersama air masak atau air buah-buahan. 

Anda juga boleh mengkonsumsi Vita-lea Shaklee untuk keperluan zat besi anda.


Sumber : perkongsian adalah diambil dari sumber yang dinyatakan untuk panduan semua. 









Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms)

Qaseh Firdaus
No . Phone : 0176281787
Fb page : barangan baby qaseh firdaus
Email : ct_rania@yahoo.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *