Awasi Kesihatan Sendi Masuk Usia 40 Tahun
![Awasi Kesihatan Sendi Masuk Usia 40 Tahun](https://www.qasehfirdaus.com/wp-content/uploads/2024/12/sakit-sendi.jpeg)
Memasuki usia 40 tahun adalah fase penting dalam kehidupan kita. Usia 40 tahun ni akan kita rasai perubahan dari segi fisik mahupun mental. Ada kalanya badan rasa lemah, letih lesu dan juga tak bermaya. Kadang rasa tidur tak lena, sakit sini situ juga perasaan tak menentu, kadang ada mood kadang rasa gelisah. Dengan bertambahnya usia, sudah tentu kesihatan semakin di titik beratkan. Mengapa tidak? asupan gizi dan nutrisi kita juga akan semakin berkurang. Dulu masa muda boleh makan apa sahaja. Ini itu masuk semua tiada pantang. Tapi kalau dah ada penyakit ini itu sudah pasti kena berpantang sedikit untuk pastikan kesihatan terjaga. Kalau tak jaga pemakanan sudah tentu penyakit akan menyerang dan bertambah teruk.
Salah satu penyakit yang sering dialami oleh mereka yang memasuki usia 40 tahun, seperti sakit sendi. Sakit sendi adalah situasi dimana adanya rasa sakit, kaku atau radang pada sendi di tubuh badan kita. Biasanya terjadi di bahu, lutut, siku mahupun pergelangan tangan. Banyak sebab kita selalu alami masalah sendi ini. Diantaranya mungkin kerana cedera, peradangan seperti arthritis hingga masalah struktural pada sendi. Kadang-kadang tanpa disedari kita dah pun terkena sakit sendi. Macam lenguh kaki dan tak selesa.
Berikut ini adalah cara yang boleh kita lakukan untuk atasi masalah sendi ini.
Istirehatkan sendi. Jika kita rasa sakit disebabkan kecederaan, melakukan aktifiti lasak mahupun aktifiti yang berlebihan maka kita perlu berehat daan berhenti agar keadaan terkawal. Hindari pergerakan yang boleh menambahkan lagi kesakitan sendi ditempat berkenaan.
Tuam area yang sakit dengan air hangat atau pun air sejuk. Tuam dengan air sejuk akan bantu melegakan kesakitan dan mengurangi bengkak pada sendi. Gunakan ais batu yang dibungkus dengan kain selama 15 ke 20 minit beberapa kali sehari. Tuam dengan biar hangat atau suam dapat membantu meredakan kemapuan otot dan sendi. Anda boleh gunakan bantal pemanas atau mandi dengan air hangat untuk meredakan ketegangan.
Ubat penghilang sakit. Anda boleh mengambil ubat penghilang rasa sakit yang dianjurkan oleh doktor. Jangan ambil ubat sembarangan kerana mungkin akan menambah buruk keadaan anda.
Buat urutan. Mendapatkaan urutan yang sesuai di area sakit akan dapat melegakan kesakitan anda urut dengan lembut area yang sakit akan dapat melancarkan peredaran darah ke sendi.
Buat senaman secara teratur. Meskipun payah untuk dilakukan akan tetapi senaman juga akan membantu mengurangi kekakuan pada sendi. Lakukan senaman ringan untuk membantu anda mengurangi kekakuan dan ngilu pada sendi.
Amalkan Diet sihat dan Amalkan Makanan tambahan seperti Vitamin. Makanan yang mengandungi omega 3 seperti ikan salmon atau makanan yang akan antioksidan dapat membantu mengurangi peradangan. Anda boleh amalkan Omega Guard Shaklee untuk bantu masalah kesihatan sendi dan juga tingkatkan sistem imun tubuh badan anda.
![](https://www.qasehfirdaus.com/wp-content/uploads/2024/12/omega-guard-untuk-tulang-dan-sendi.jpg)
Jaga berat badan. Berat badan yang berlebihan akan dapat mengeruhkan lagi keadaan kesihatan sendi anda. Berat badan berlebihan akan memberi tekanan kepada lutut dan otot juga pinggul. Turunkan berat badan ke paras yang aman dan ideal agar dapat mengurangi rasa sakit.
![](https://www.qasehfirdaus.com/wp-content/uploads/2024/12/omega-guard-untuk-kurus.jpg)
Jika anda alami masalah sendi dan otot ini berterusan, contohnya anda alami masalah. Sendi berlarutan dengan alami masalah bengkak, demam, atau tak dapat gerakkan sendi. Jangan segan untuk berjumpa doktor anda untuk mendapatkan rawatan yang bersesuaian dengan keadaan anda.
Jadi anda sahabat kaknil yang dah nak masuk usia 40 tahun tu, kena bersedia dari awal ya. Jangan lupa amalkan cara hidup sihat dan jangan lupa untuk amalkan Omega Guard untuk kesihatan sendi anda. Kita kena bersedia dengan kesihatan yang baik agar semua aktifitas kita berjalan dengan lancar. Rasa sakit atau nyeri sendi sememangnya tak menyenangkan untuk kita, apa tidaknya kalau dah terkena mesti kita tak selesa dan tak nyaman dalam setiap pergerakan tubuh badan kita. Jadi sebelum semuanya terjadi, ada baiknya kita cegah sebelum terlambat.
Anda yang nak dapatkan Omega Guard, boleh menghubungi kaknil disini dengan menghubungi nombor talian yang tertera di bawah atau boleh terus klik link ini>>Buat Belian Omega Guard Disini<< untuk terus membuat belian melalui laman web rasmi shaklee.
Kaknil / Firdaus +60176281787
#projekBest