APAKAH JAUNDICE ITU….???
Pada kebiasaannya, kebanyakan bayi yang baru dilahirkan di bawa ke klinik kerana penyakit kuning. Bayi kuning atau noenatal jaundice boleh mencecah sehingga 60% kelahiran. Bermakna setiap 6 orang bayi yang lahir akan menjadi kuning di dalam setiap 10 kelahiran. Dan pada kebiasaannya bayi ini menjadi kuning pada hari ketiga selepas lahir dan semakin hilang selepas beberapa hari.
Apa itu Jaundice (kuning)…?
Jaundice berasal dari perkataan Perancis ‘jaune yang bermakna kuning. Sel darah merah manusia yang terurai (kerana mati) menghasilkan partikel yang di panggil biliburin. Biliburin ini adalah larut air dan akan di hantar ke hati untuk diubah kepada menjadi larut air.
Setelah itu sebagian akan dikeluarkan menjadi air kencing (menyebabkan air kencing berwarna kuning). Sebahagiannya pula akan dibuang melalui najis melalui saluran hempedu ( menyebabkan najis berwarna coklat kekuning-kuningan).
Mengapa kebanyakan bayi mengalami Jaundice.?
Ada 2 sebab utama yaitu;
- Sel darah merah bayi (fetal hemoglobin)
Kajian menunjukkan sel darah merah bayi adalah berbeza dengn sel darah merah orang dewasa. Ia mudah terurai dan jangka hayatnya pendek. Bilangannya juga berlebihan daripada biasa. Oleh itu, penguraian sel darah bayi yang tinggi menyebabkan kadar bilirubin yang meningkat pada hari ketiga.
- Hati bayi
Hati bayi yang belum cukup matang juga menyukarkan proses penukaran biliburin tak larut air kepada biliburin yang larut air. Bayi pra-matang lebih cenderung terkena kuning sebanyak 80 % daripada bayi lahir cukup bulan.
Ini dipanggil kekuningan secara fisiologi atau normal. Oleh itu, tidak hairanlah ramai bayi yang terkena kuning selepas 3 hari kelahiran.
Antara penyebab lain Jaundice
- Trauma di kepala disebabkan oleh kelahiran secara Forceps atau vacum
- Jangkitan kumanbdi dalam darah (sepsis)
- Jangkitan virus seperti Rubella atau ( Toxoplasma)
- Masalah tidak serasi dengan darah ibu ( Coombs Positive)
- Masalah dengan enzim darah merah (G6PD)
- Hormon tiroid yang rendah (hypothyroidism)
- Masalah hati dan empedu (biliary atresia, Dubin Johnson)
- Kuning disebabkan oleh susu ibu (setelah semua penyebab diatas telah dikenalpasti negatif).
Apakah Jaundice merbahaya..?
Sangat bahaya…!! Serum biliburin yang berlebihan menyebabkan kernicterus. Ia adalah satu fenomena yang mana biliburin yang tidak larut tadi menembusi lapisan otak bayi yang kurang matang. Autopsi menunjukkan otak bayi yang meninggal dunia disebabkan kernicterus berwarna kuning.
Kernicterus dikaitkan dengan kadar kematian yang tinggi. Sekiranya selamat pun akan menyebabkan bayi menjadi lumpuh, pekak atau buta.
Rawatan
- Terapi lampu (phototheraphy)
Terapi lampu adalah kaedah yang paling berkesan pada abad ini untuk mengurangkan kekuningan bayi. Ia adalah sumber cahaya biru dengan jarak gelombang kira-kira 450nm. Dengan kaedah ini, biliburin merbahaya ditukarkan kepada biliburin larut air untuk dinyahkan daripada badan.
- Exchange Transfusion (ET)
ET dilakukan sekiranya rawatan lampu tidak berjaya mengurangkan paras biliburin. Kernicterus boleh berlaku sekiranya paras biliburin tetap tinggi.
ET ialah rawatan yang mana darah bayi dikeluarkan secara perlahan-lahan oleh doktor secara manual melalui satu prosedur ringkas dan diganti dengan darah baru yang diambil dari bank darah. Proses ni memakan masa 5-6 jam.
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
—————————————————
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms)
Qaseh Firdaus
No . Phone : 0176281787
Fb page : barangan baby qaseh firdaus
Email : ct_rania@yahoo.com