Apakah Betul Kita Dah Bahagia? Ke Hanya Pura-pura Bahagia?
Zaman sekarang ni betul ke kita senang nak dapat bahagia? Apa makna bahagia bagi anda sahabat? Apakah anda cukup rasa bahagia sekarang ni? Banyak jawaban yang boleh kita jawab atas pelbagai pertanyaan mengenai bahagia ni. Kalau menurut Kaknil, bahagia tu akan dirasakan kalau boleh melihat orang lain bahagia. Itulah bahagia sebenar. Tapi kita ni kan kepala sama hitam tapi hati lain-lain kan? Mungkin jawaban Kaknil tu nampak klise dan bohong je. Tapi apakah erti bahagia sebenar bagi sahabat semua? Kita ada jawaban masing-masing dan ianya berlainan.
Bahagia ni adalah keadaan tenang, gembira, bebas dari pelbagai tekanan mahupun paksaan dari sesiapa sahaja. Tapi ramai je di zaman sekarang ini yang tak dapat menerima keadaan dan kurang rasa bahagia tu. Rasa hampa dan rasa tak patut. Mungkin rasa ini mereka alami kerana banyak alasan yang mereka rasakan. Mungkin tak dapat bahagia sebab kurang bernasib baik dengan keadaan kesihatan yang dialami, mungkin juga kerana wang tak cukup pakai atau tak dapat posisi yang elok di pejabat. Banyak lah jawaban yang mengartikan hidup ni tak bahagia. Termasuk tak dapat masa yang bebas bersama keluarga juga yang membuat seseorang itu kurang bahagia.
secara amnya, bahagia ini meliputi rasa kepuasan diri dan memiliki ketenangan, bebas nak buat apa sahaja tanpa adanya paksaan siapapun. Banyak hal yg buat kita bahagia hanya tergantung bagaimana kita menyikapinya. Walau bagaimanpun, berbahagialah mereka yang tak pura-pura bahagia. Mereka yang terima apa adanya hidup ini dan mampu menerima keadaan sebenar. Kita boleh kecapi rasa bahagia ni dengan kesyukuran kita pada sang pencipta dan menikmati keindahan ciptaannya yang terbentang luas untuk kita nikmati dan manfaatkan dengan baik.
Bagi mereka yang rasa kurang bahagia, mungkin boleh cuba untuk menyayangi diri sendiri dan sekeliling. Lambat laun anda akan rasa keadaan yang mungkin anda belum rasa sebelumnya. Buang semua rasa negatif dan sayangi semua orang dengan kadarnya. Hormati keadaan sekeliling dan buat hati anda bahagia melihat senyuman orang lain. Zaman serba sulit dan ekonomi tak berapa baik menjadikan segelintir kita berputus asa dan rasa menyerah dengan keadaan ini. Dalam data terkini dikabarkan banyak yang terlibat dengan masalah mental dan seumpamanya. Ada rasa disudut hati untuk menentang keadaan ini. Contohnya sahaja dengan keadaan ekonomi yang tak memberangsangkan seperti sekarang ini, ramai yang diberhentikan kerja dan hilang punca pendapatan. Keadaan ini amat tak mendukung kepada mental dan juga diri kita. Oleh itu alangkah baiknya jika ada jalan lain yang boleh membantu kesusahan yang dialami.
Alang-alang dah baca post kaknil ni, kaknil ada jalan keluar yang boleh membantu anda untuk bantu dapatkan pendapatan tambahan disini. Anda boleh klik disini untuk ketahui lebih lanjut, pendapatan tambahan apa yang boleh anda buat untuk bantu selesaikan masalah anda tu.
Bahagia atau tidak kita sekarang kena ambik perhatian pada kesihatan yang telah Allah bagi pada kita. Sekurang-kurangnya kita harus bahagia kerana Allah dah bagi kita sihat dan boleh beraktifitas setiap hari. Untuk membalas bahagia yang Allah dah bagi kat kita tu, kita kena bersyukur dan jaga kesihatan kita sebaik mungkin agar kita dapat beribadah dengan lancar kepadaNya. Kalau kita sihat sudah tentu kita akan dapat beribadah dengan baik tanpa ada kekangan. Pengambilan makanan yang sihat dan seimbang juga memainkan peranan penting untuk mendapatkan ketenangan dan akhirnya akan dapat merasakan kebahagiaan yang kita inginkan. Jaga pola makan anda dan orang tersayang dan juga jangan lupa untuk mengambil makanan tambahan seperti Vitamin agar tubuh badan kita mendapatkan nutrisi penting untuk menyokong kesihatan tubuh badan kita.
Dalam Shaklee, kami ada salah satu produk yang dapat menghadirkan mood ceria dan elakkan stress yang kita tengah alami. Produk tu namanya B Complex, B Complex ini elok sangat untuk kita ambik setiap hari. Ianya menenangkan dan kaya dengan Viramin B yang sangat baik untuk kesihatan kita. Bukan hanya untuk ibu mengandung, ibu berpantang, B Complex ni juga baik untuk semua. Shaklee B Complex membekalkan kesemua 8 vitamin B yang seimbang untuk menyokong tubuh anda, melengkapi jurang nutrisi Vitamin B. Membekalkan kuantiti asid folik dan biotin cukup, sesuai untuk tubuh sihat. Diantara 8 vitamin B yang terkandung iaitu Vitamin B12, Thiamin, Asid Pantotenik, Vitamin B6, Riboflavin, Niacin, Folat dan Biotin. Vitamin B memainkan peranan penting untuk kesihatan tubuh kerana ia membantu menukar makanan kepada tenaga untuk badan kita. Keistimewaan Shaklee, Asid Folik, salah satu vitamin B kritikal dan tidak mudah diserap. Maka, Shaklee membangunkan sistem penyerapan bioaktif berpaten yang menjadikan nutrien ini lebih mudah diserap untuk menyokong penyerapan.
Jadi banyak cara untuk kita merasakan kebahagiaan kita dan orang disekeliling. Jangan lepaskan peluang yang Allah dah berikan kepada kita. Kita tak lama di dunia ini, jadi kita buat lah apa yang terbaik yang boleh membuat kita rasa bahagia dan dapat membahagiakan orang lain. Kalau rasa tak bahagia, cepat-cepat cari punca dan atasinya segera. Jangan lupa untuk sentiasa menjaga diri dari hal yang negatif, kena jauhkan diri kita dari pelbagai anasir yang membawa kita kepada kekecewaan ataupun rasa tak baik. Sentiasa positif dan tersenyum. Luahkan rasa kecewa anda hanya pada sang pencipta. In sha Allah beban yang ada di bahu anda akan rasa ringan. Pada kesempatan ini Kaknil nak aak sahabat pembaca semua untuk rutin amalkan B Complex dalam keseharian anda agar anda akan dapat mood ceria setiap hari. Kalau rajin tambahkan dengan Vitamin C juga ya. Hasilnya memang terbaik, cubalah.
Akhir kata kaknil doakan semua pembaca blog kaknil ini selalu berada dalam kebahagiaan sentiasa. Terpenuhi apapun yang anda inginkan dan rasa tenang dalam hidup ini bersama keluarga dengan kesihatan yang optimum dan merasakan kebahagiaan sebenar dan bukannya pura-pura bahagia ya. Jangan lupa amalkan vitamin shaklee untuk anda dan seisi keluarga, kalau anda belum tahu nak ambik Vitamin apa yang ebrsesuaian, anda boleh terus menghubungi kami disini untuk membantu anda.
Hubungi kaknil disini sebagai Agen Vitamin Anda.
Nila/ Firdaus +60176281787
#Projekbest