3 Bahan Penting Yang Berikan Warna Di Dalam Buah Dan Sayur Yang Anda Ambil Setiap Hari

Buah dan sayur banyak membantu dalam mencegah penyakit dan meningkatkan daya tahan badan. Tetapi tahukah anda bahawa warna pada buah dan sayur juga memberi gambaran kepada jenis nutrien yang terkandung di dalamnya. Antara bahan penting yang memberikan warna di dalam buah dan sayur ialah KarotenoidKlorofil serta Flavonoid



Buah dan Sayur kaya dengan  Nutrien

Karotenoid  yang terdapat dalam makanan ialah beta – karotin xantofil. Ia boleh dilihat pada buah dan sayur yang berwarna merah kekuningan seperti lobak merah.  Selain itu, Likopen xantopil pula terdapat di dalam buah dan sayuran seperti tomato manakala xantofil pula memberikan warna kuning pada nenas. 



Buah Tomato 



buah Nenas

KarotenoidKlorofil dan Flavonoid yang terdapat di dalam buah dan sayur dipanggil Fitokimia. Kandungan nutrien bagi setiap makanan adalah berbeza. Warna hijau menunjukkan kandungan klorofil manakala oren memberi maksud  terdapat kandungan xantofil. Kajian menyarankan sekiranya kita mengambil 400 sehingga 500 gram buah dan sayur segar, ia boleh mengurangkan risiko sakit jantung, strok serta tekanan darah tinggi.



sayuran yang mengandungi klorofil

Kalium ialah salah satu mineral penting yang terdapat dalam sayur dan buah. Pengambilan kalium yang rendah boleh meningkatkan tekanan darah. Pengambilan kalium yang banyak bersama disertakan jumlah sodium mencukupi boleh membantu mencegah dan mengurangkan tekanan darah. Justeru, makanan yang kaya dengan kalium contohnya pisang, tembikai dan belimbing membantu mengurangkan risiko mendapat strok.

Buah baik untuk kesihatan tubuh badan kita

Jika tidak mengambil langkah pencegahan, individu yang dikenal pasti mengalami pradiabetes akan mendapat penyakit diabetes dalam tempoh 10 tahun. Antara langkah pencegahan yang perlu dilakukan ialah mengamalkan pengambilan bijirin, sayur dan buah selain mengurangkan berat badan serta meningkatkan aktifiti fizikal.



amalkan gaya hidup sihat untuk elakkan Diabetes

Banyak kajian menunjukkan mereka yang makan banyak sayur dan buah kurang mendapat penyakit kanser. Sayur dan buah mengandungi nutrien serta fitokimia yang bertindak sebagai antipengoksida selain mencegah tindakan karsinogen ( penyebab kanser ) dalam usus.  Justeru, ia dapat membantu mengurangkan kerosakan sel dalam badan yang menjadi salah satu punca kanser. Fitokimia juga boleh didapati dalam kobis, bunga kobis dan brokoli.

sayur bertindak sebagai anti pengoksida

Begitu pentingnya peranan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kehidupan kita sehari-hari. Agar tubuh badan kita terhindar dari pelbagai penyakit dan senantiasa hidup sihat dan bahagia disamping keluarga tercinta. Selain mengkonsumsi makanan yang sihat lagi bergizi, ada baiknya juga anda membekalkan seisi keluarga dengan makanan tambahan seperti vitamin yang boleh membuat anda semakin sihat dan ceria. Makanan tambahan yang boleh anda ambil seperti sahaja Vitamin Shaklee, ianya baik untuk seisi keluarga. 


Vitamin Shaklee yang boleh anda ambil setiap hari


Anda mahu jadi ahli Shaklee dan nikmati potongan hebat 15%-20%

Anda ingin mengetahui cara daftar ahli shaklee..??
Mudah sahaja… hanya klik sahaja disini : 

 join ahli shaklee sekarang.png

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
—————————————————

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms)

Qaseh Firdaus
No . Phone : 0176281787
Fb page : Qaseh Firdaus Shoppe  Email : ct_rania@yahoo.com

0 thoughts on “3 Bahan Penting Yang Berikan Warna Di Dalam Buah Dan Sayur Yang Anda Ambil Setiap Hari

  1. Ya kadang-kadang gaya hidup yang terlalu mencabar …jadi lupakan nutrisi asas yang memang diperlukan tubuh badan….asik makan fast food je kan….jadi lupa sayur dan buah…terima kasih sudi singgah dear..

  2. Tengok warna-warna sayur dan buah tu pun dh menarik hati.. Alhamdulillah memang peminat sayur dan buah.. Macam mana la yer rasa orang yang tak suka makan sayur.. Rugi2.. Nikmat alam..^_^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *