10 Cara Dapatkan Kulit Cantik Dan Sihat Tanpa Gagal
Kesihatan kulit memang penting dalam hidup kita. Kulit adalah organ terbesar tubuh manusia yang berfungsi melindungi kita dari pelbagai pencemaran, sinar uv, kuman dan juga lainnya. Maka dari itu penjagaan kulit ini amatlah penting dan jangan dianggap remeh. Tanpa kulit yang cantik dan sihat, sudah pasti akan berdampak buruk pada penampilan kita. Penjagaan kulit yang baik akan dapat melindungi kita daripada pelbagai masalah kesihatan kulit.
Oleh itu kita haruslah menitik beratkan penjagaan kulit setiap hari agar kulit cantik dan sihat. Tak kisahlah warna kulit kita yang penting sihat dan menawan. Dalam kulit yang sihat akan terpancar cahaya kecantikan anda. Untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat kita haruslah berdisiplin setiap hari.
Untuk dapatkan kulit yang cantik dan sihat, kita boleh lakukan hal-hal seperti huraian di bawah ini:
- Amalkan gaya hidup sihat. Ambil makanan yang seimbang. Makanlah makanan yang sihat dan seimbang serta berkhasiat seperti buah buahan, bijirin penuh, dan protein yang sihat kerana ianya penting untuk dapatkan kulit sihat.
- Amalkan juga pengambilan vitamin C yang anda boleh dapatkan daripada buah citrus, strawberry dan brokoli. Ianya dapat membantu dalam penghasilan kolagen. Ianya juga dapat memberi kekuatan dan keanjalan pada kulit.
- Ambik juga Vitamin E. Vitamin E boleh kita dapatkan dalam kacang, biji dan minyak sayuran. Ianya membantu melawan radikal bebas dan melindungi kulit daripada kerosakan. Asid lemak omega 3 juga sangat baik untuk kesihatan kulit. Ianya bantu mengurangkan keradangan dan meningkatkan kelembapan kulit.
- Ambil air dengan cukup. Minum air masak dengan cukup. Untuk memastikan kulit tetap lembab dan elastik. Kekurangan cairan boleh menyebabkan kulit menjadi kering berkeringat dan kusam. Elakkan mengambil minuman manis dan berperisa tiruan kerana selain tak baik untuk kulit ianya juga tak elok untuk kesihatan tubuh badan.
- Lindungi kulit daripada sinaran uv. Gunakan krim pelindung kulit yang melindungi kulit dari pancaran terus matahari ke kulit. Amalkan spf yang sesuai untuk melindungi kulit anda daripada kesan buruk sinaran uv. Kerana ianya boleh menjadikan kulit kita mengalami penuaan dan kanser kulit. Selagi boleh elakkan daripada terdedah terus pada sinaran matahari terutama pada masa tengah hari antara pukul 10 sampai 4 petang.
- Amalan rutin harian membersihkan kulit wajah. Cuci muka dengan air bersih dan lakukannya secara teratur agar tiada kotoran, minyak, kulit mati, wajah berseri dan sihat. Pemilihan set penjagaan kulit juga harus di teliti dengan baik. Pilih pembersih yang lembut sesuai dengan jenis kulit muka anda, tiada bahan kimia dan selamat digunakan. Gunakan pelembab untuk bantu kulit sentiasa lembab terutama selepas mandi atau membasuh muka.
- Tidur yang cukup. Tidur yang mencukupi akan dapat membantu kita terlihat segar dan juga ceria. Selain dapat menyihatkan tubuh badan, tidur juga bantu kita dapat kulit yang cantik. Tidur yang cukup dapat memberi peluang kepada kulit untuk memperbaharui dan memperbaiki diri. Kalau kita kurang tidur, kemungkinan senang untuk dapatkan jeragat mahupun jerawat. Oleh itu jangan kurang tidur ya.
- Elakkan stress atau tekanan. Alami stress akan dapat memicu datangnya jerawat, Ekzema atau rosacea. Amalkan yoga, senaman ringan untuk membantu kurangkan tekanan. Anda juga boleh mendengarkan lagu mahupun membaca Al Quran untuk dapatkan rasa tenang dan damai.
- Pilihan produk yang sesuai. Pilihlah produk penjagaan kulit yang sesuai untuk kulit anda.
- Elakkan pengambilan rokok dan minum beralkohol. Pengambilan minuman beralkohol dan merokok dapat memicu kulit kusam dan tak bermaya. Kulit cepat berkedut dan ia mengurangkan aliran darah dan merosakkan kolagen.
Apabila kita lakukan semua tips diatas, in Sha Allah ada akan dapatkan kulit yang sihat dan anjal serta berseri. Yang terpenting kita dapat kulit yang sihat dan jauh daripada masalah kesihatan kulit. Dalam kesempatan ini Kaknil nak kongsikan vitamin Shaklee yang boleh anda ambil untuk dapatkan kulit cantik dan sihat. Diantara vitamin yang boleh anda ambil adalah Omega Guard, Vita C Plus, B Complex, Esp, Vita E Complex , Alfalfa Complex juga Gla Complex. Disamping itu anda juga boleh dapatkan set penjagaan kulit Pomifera Set dan Youth Set.
Set Vitamin Shaklee membantu dapatkan kulit yang sihat dan cantik kerana ianya bantu untuk pudarkan jerawat, jeragat dan juga kulit kusam. Kulit lebih tegang dan anjal, mencerahkan kulit secara semulajadi,tona kulit jadi lebih sekata, menggantikan tisu yang rosak dan menyembuhkan luka, menghilangkan parut tegar, mengurangkan minyak pada kulit muka, mengurangkan pertumbuhan jerawat. Banyak kan manfaat set kulit cantik? jadi kita merawat kulit dari dalam dan luar dengan cara yang bebas dari bahan kimia. Lebih sihat dan terjamin.
Jadi jangan runsing macamana nak dapatkan kulit sihat dan cantik, Shaklee ada penyelesaiannya. Bagi anda sahabat kaknil yang tak tahu nak mulai darimana dan nak dapatkan Vitamin yang mana, anda boleh terus menghubungi kaknil disini untuk membantu anda memilih cadangan yang terbaik untuk anda. In sha Allah kami akan membantu anda sebaiknya. Hubungi kaknil di nombor talian dibawah ini ya.
Kaknil/ Firdaus +60176281787
Kami agen shaklee area Batangkali, Bukit beruntung, Kuala Kubu Bharu, dan Genting highland. Anda boleh dapatkan produk shaklee dari kami dengan pengkhidmatan Cash On Delivery (COD) terus ke depan pintu rumah anda. Bagi anda yang berada jauh jangan risau kerana kami juga buat pengeposan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Serawak.
#ProjekBEST
Bagus. Sy pun amalkan.
Bagus. Sy pun amalkan ni. Jom amalkan. Bagus utk kesihatan jangka masa panjang kita juga